Home Berita PAS Wilayah

UAE, Bahrain Tidak Wajar Iktiraf Israel, Amerika

705
SHARE

Oleh : Dhiya’ Muttmainnah

Batu – “Langkah menormalisasikan Israel tidak sewajarnya dibuat oleh United Arab Emirates (UAE) dan Bahrain yang merupakan antara negara umat Islam.”

Begitu tegas Pengerusi Lajnah Tarbiyah Dan Perkaderan Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Salbiah Abd Wahab dalam ucapannya di Munajat AKIFI peringkat Wilayah Persekutuan 19 September lalu.

“Begitu murahkah nyawa dan penderitaan umat Islam yang jelas ditindas saban hari oleh Israel dan sekutunya sehingga mereka masih sanggup mengiktiraf Israel atas alasan keamanan dan keselamatan negara serantau?

“Sesuatu yang sangat meragukan bila mana wujudnya negara Islam yang mengharapkan perlindungan dari kuasa yang terang terangan telah membunuh ratusan umat Islam.”, ulas beliau.

Beliau turut mengingatkan tentang langkah menormalisasikan Israel yang jelas menindas umat Islam habis-habisan itu juga adalah sesuatu yang bercanggah dengan apa yang terkandung dalam Surah Al-Fath, Ayat 29 yang bermaksud,

“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah, dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam)”.

Sebelum mengakhiri ucapannya, beliau turut menyeru supaya bacaan Qunut Nazilah dapat dilazimi oleh setiap umat Islam dan berpegang teguhlah dengan Al-Quran yang terkandung di dalamnya hukum-hukum dari Allah SWT.