Home Artikel PAS Perlis

DPPNPs Adakan Bengkel Pemurnian Takwim

211
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

KANGAR : Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Takwim bertempat di Putra Regency Hotel, dekat sini, pada 20 September lalu.

Matlamat penganjuran bengkel berkenaan adalah bagi menyusun semula semua program dan aktiviti DPPNPs untuk sesi yang akan datang.

Program sehari itu dibahagikan kepada empat slot iaitu post mortem, penyusunan takwim, persediaan menghadapi pilihan raya dan diskusi ucaptama KP DPPM.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd .Shukri Ramli.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis Baharudin Ahmad.

Dalam ucapannya, Mohd. Shukri mengingatkan para penggerak DPPNPs untuk mempersiapkan diri menjadi pelapis kepimpinan yang akan memimpin perjuangan parti pada masa yang akan datang.

Pemuda juga digesa agar tidak berada dalam zon selesa sebaliknya sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu serta kemahiran yang diperlukan.