Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

DMPM Seru Fokus Tenaga Muda

692
SHARE

DMPM Seru Fokus Tenaga Muda

Oleh : Bintulnahar

KUALA LUMPUR: Tenaga muda dalam kalangan muslimat amatlah penting sebagai aktivis politik apatah lagi bagi menyantuni pengundi-pengundi muda di Malaysia merangkumi lebih kurang 40 peratus dari keseluruhan warganegara.

Jumlah tersebut adalah besar hingga di sesetengah kawasan Parlimen undi mereka dianggap sebagai penentu kemenangan calon-calon Pilihan Raya.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata demikian ketika memberikan ucaptama sempena muktamar dewan itu yang bermula malam tadi.

Justeru, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh menekankan peranan muslimat terutamanya muslimat muda perlulah digembleng secara maksimum.

Katanya, DMPM telah merangka pelan strategik yang anjal untuk merealisasikan gerak kerja yang optimum antaranya latihan gerak kerja pilihan raya dan sebagainya.

“Tidak dipinggirkan juga termasuk keperluan anjakan paradigma di atas pendekatan dan sikap yang akan membuahkan pencapaian berkesan,” tambahnya lagi.