Bersyukur kepada Allah SWT, hari ini 31 Ogos 2020 kita merayakan lagi hari keramat kemerdekaan negara kita, Hari Kebangsaan Malaysia kali yang ke-63.
Sesungguhnya perjuangan menuntut kemerdekaan oleh datuk-datuk kita dahulu bukanlah sesuatu yang mudah. Tidak dihamparkan dengan permaidani merah, yang ada hanyalah keringat, air mata dan darah.
Mereka mewariskan bumi bertuah ini kepada kita untuk kita subur dan makmurkan dengan bersungguh-sungguh sebagai mata rantai kepada perjuangan mereka dahulu. Kita pula bertanggungjawab mewariskan sesuatu yang lebih baik untuk anak cucu kita.
Marilah seluruh rakyat Malaysia kita kuatkan kesatuan hati kita tanpa mengira agama, bangsa atau fahaman politik untuk sama-sama kita makmurkan negara kita ini dengan sepenuh hati demi generasi yang akan datang.
Saya mewakili seluruh pimpinan, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS di Kawasan Masjid Tanah mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-63.
“MALAYSIA PRIHATIN”
USTAZ IMRAN ABDUL RAHMAN
• Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah
• Timbalan Pesuruhjaya-2 PAS Melaka
31 Ogos 2020H | 12 Muharram 1442H