Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Hari Kemerdekaan Kali ke-63: Bersama Menjadi Warga Prihatin

1219
SHARE

Hari Kemerdekaan Kali ke-63: Bersama Menjadi Warga Prihatin

Alhamdulillah Allah SWT mengurniakan nikmat kemerdekaan kepada kita di tanah air tercinta, bumi Malaysia. Bumi yang penuh dengan sejarah panjang yang tercipta untuk membina negara yang berpijak atas kaki sendiri.

Sebagai penduduk negara yang bertuah ini, marilah kita bersyukur kerana telah dikurniakan nikmat kemerdekaan, keamanan, kesejahteraan dan kedamaian. Ini berdasarkan firman Allah dalam Surah Ibrahim ayat 14:
“Jika kalian bersyukur nescaya akan Ku tambah (nikmatku) pada kalian, dan jika kalian mengingkari (nikmatku), maka pasti azabKu sangat pedih.

Tahun ini, Kemerdekaan Malaysia mencapai 63 tahun. Tahun ini juga, pemimpin dan rakyat Malaysia menghadapi satu cabaran yang memerlukan kebersamaan yang jitu dari pelbagai pihak iaitu pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Malaysia.

Maka bertepatan dengan tema sambutan Kemerdekaan tahun ini, Malaysia Prihatin adalah satu simbol kebersamaan dan semangat jitu yang ditonjolkan oleh seluruh rakyat Malaysia dalam mendepani cabaran Covid-19. Semangat ini perlu diteruskan untuk masa mendatang.

Justeru itu, DMPM menyeru seluruh kepimpinan dan rakyat Malaysia untuk menghayati makna kemerdekaan negara dengan mengukuhkan urus tadbir sesebuah negara mengikut lunas perlembagaan negara yang terpateri. Harmonikan juga makna beragama di kalangan rakyat agar kita semua terpandu mengikut acuan wahyu.

Akhir sekali, Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan Kali Ke-63 kepada seluruh rakyat Malaysia. Marilah bersama membina Baldatun Tayyibatun Warobbun Ghafur, Negara yang baik yang diredhai Allah SWT.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

SENATOR YB USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,
Dewan Muslimat PAS Malaysia.
30 Ogos 2020 bersamaan 11 Muharram 1442H