Home Berita PAS Wilayah

Perutusan Pesuruhjaya PAS WP Sempena Tahun Baru 1442H

987
SHARE

Alhamdulillah syukur kita panjatkan kepada Allah SWT yang masih memanjangkan umur kita untuk masuk ke tahun 1442 Hijrah. Usia yang dipinjamkan Allah ini seharusnya dimanfaatkan sebaiknya dalam kerangka ketaatan kepada Allah SWT.

FirmanNya dalam Surah Al-Baqarah ayat 218:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Tahun Baru Hijrah dikaitkan dengan peristiwa hijrah oleh Rasulullah SAW dan para sahabat yang sememangnya perlu dihayati sebagai titik mula penyatuan umat Islam khususnya Muhajirin dan Ansar pada masa itu.

Pada masa ini, kita terus meneladani usaha penyatuan ini dengan kita bakal menyambut ulangtahun pertama Muafakat Nasional. Semoga usaha penyatuan ini dapat diteruskan agar agama kita terus terpelihara dan negara kita mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Saya mewakili seluruh kepimpinan Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1442H.

Siiru ‘ala barakatillah

Islam Memimpin Perpaduan

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
19 Ogos 2020 l 1 Muharram 1442H