Home Artikel PAS Sabah

Amal Semporna bantu tabung darah hospital

295
SHARE

Oleh: Aizal Samsaruddin
19 Ogos 2020

SEMPORNA: Lebih 42 anggota Amal Semporna dan orang awam telah ‘turun padang’ bagi membantu mengisi tabung darah Hospital Semporna, di sini, semalam.

Ketua Amal Semporna, Razis Asparin, berkata penganjuran kempen derma darah itu atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab sosial kemasyarakatan bagi membantu golongan yang memerlukan.

 

“Ia dijadualkan berlangsung di Unit Tabung Darah Hospital Semporna, hari ini 18 Ogos yang membabitkan penyertaan lebih 42 orang merangkumi anggota Amal sendiri bersama orang awam.

“Program seumpama ini adalah salah satu inisiatif kami untuk membantu Unit Tabung Darah Hospital Semporna mengikut kemampuan kami,” katanya.

Tambahnya, kempen derma darah tersebut kerap dilaksanakan oleh Amal Semporna dan tentunya memberi sedikit kelegaan kepada pihak tabung darah Hospital Semporna.