Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Salam Takziah Buat Keluarga Naib Ketua DMPM, Ustazah Salamiah

2271
SHARE

Salam Takziah Buat Keluarga Naib Ketua DMPM, Ustazah Salamiah

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللَّهُمَّ اغْفِرْ َله وَارْحَمها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ وَأَدْخِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

Dinihari 18 Ogos mendapat perkhabaran pemergian ibu tercinta kepada Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Salamiah Mohd Nor, Al-Marhumah Sarah binti Jam Jam yang telah meninggal dunia jam 3.45 pagi.

Al-Marhumah menghembuskan nafas terakhir di rumah anaknya yang juga seorang pimpinan tertinggi DMPM dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gau, Temerloh.

Saya mewakili seluruh kepimpinan DMPM dengan rendah hati mengucapkan ‘Salam Takziah’ buat seluruh ahli keluarga atas ujian kehilangan insan tersayang. Semoga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk menghadapinya.

Semoga ruh Al-Marhumah ditempatkan bersama para nabi, wali Allah SWT dan orang-orang soleh.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
18 Ogos 2020 bersamaan 28 Zulhijjah 1441