Home Kenyataan Media PAS Perlis

Arahan Penutupan PASTI dan Pembekuan Program Parti Susulan Penularan Wabak Covid-19

1493
SHARE

KENYATAAN MEDIA PAS NEGERI PERLIS

ARAHAN PENUTUPAN PASTI DAN PEMBEKUAN PROGRAM PARTI SUSULAN PENULARAN WABAK COVID-19

1. Susulan penularan semula wabak Covid-19 di negeri ini, Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis mengarahkan penutupan sementara semua Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) yang beroperasi di tiga DUN iaitu Sanglang, Simpang Empat dan Guar Sanji.

2. Susulan itu juga, semua program parti di tiga DUN berkenaan turut diarah supaya ditangguhkan manakala penggunaan premis parti di kawasan terlibat untuk sebarang aktiviti termasuk solat fardhu dan kuliah adalah dilarang.

3. Larangan juga turut dikeluarkan kepada seluruh ahli PAS di tiga DUN terlibat daripada menghadiri sebarang program parti yang diadakan di luar kawasan.

4. Arahan ini berkuatkuasa serta-merta sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

5. BPPNPs juga menyeru semua rakyat di negeri ini agar sentiasa memohon kepada Allah S.W.T. di samping mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan dalam membendung penularan wabak ini agar rakyat dapat kembali hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

MOHD. SHUKRI RAMLI
Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis
7 Ogos 2020 | 17 Zulhijjah 1441H