Home Artikel PAS Selangor

“SRITI Cemerlang” | Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Selangor – SRITI Al Jundi Perkemaskan Pentadbiran Dan Pengurusan Sekolah

341
SHARE

Sekolah Integrasi Teras Islam Al Jundi atau Sriti Al Jundi Kawasan Pandan telah mula beroperasi pada Tahun 2019.

Sekolah yang beroperasi di bulatan Taman Mawar, Cheras adalah di bawah Parlimen Pandan. Ahli Lembaga Pengarah (ALP) adalah salah satu Lajnah di bawah Dewan Pemuda telah membuat keputusan untuk menyewa premis kedai 3 tingkat untuk operasi sekolah.

Bilangan murid pada tahun 2019 seramai 26 orang. Bilangan guru 4 orang termasuk Guru Besar dan seorang kakitangan pengurusan pejabat.

Pada tahun 2020 penambahan pelajar seramai 42 orang dan menjadikan keseluruhan pelajar sekolah seramai 68 orang murid. Begitu juga bilangan guru pada tahun 2019 seramai 4 orang juga telah ditambah 4 orang dan menjadi 8 orang guru.

Memandangkan keadaan semasa serangan COVID-19 juga melanda negara, Sriti Al Jundi melalui Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Kawasan Pandan telah membuat keputusan untuk menyewa satu lagi premis bersebelahan sekolah sedia ada. Penyewaan ini adalah kerana untuk menuruti kehendak Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan olek KKM dan KPM bagi menangani wabak COVID-19 . SOP penjarakan 1 meter telah menjadikan sekolah yang sedia ada tidak mencukupi untuk perlaksanaan SOP tersebut.

Alhamdulillah proses penyewaan dan ubahsuai premis baru telah siap dilaksanakan dengan jumlah keseluruhan kos adalah sebanyak RM50k. Hasil kempen sumbangan dana sedikit sebanyak telah membantu penambahan dana yang telah disumbang dari masyarakat setempat. Selebihnya adalah duit terkumpul dari SRITI dan Pemuda PAS Pandan.

Pengerusi ALP Pandan Sdr Mohd Irman Abdul Wahab juga merupakan Ketua Pembangunan Sekolah Sriti Al Jundi telah bertanggungjawab memastikan proses ubahsuai dan penambahbaikan berada di dalam masa ditetapkan untuk disempurnakan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang yang sudi membantu perkembangan SRITI Al Jundi dan memohon kepada Allah SWT membalas segala kebaikan kepada para penyumbang.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

16 Zulhijjah 1441H | 6 Ogos 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan