BAGAN SERAI.
Program Korban Perdana yang telah bermula sejak semalam dengan penyembelihan sebanyak sembilan ekor lembu. Selebihnya, empat ekor lembu disembelih oleh YB Tuan Haji Razman Zakaria pada hari ini yang dimulai di Surau Batu 14 Jalan Taiping, Surau Haji Hussein Matang Pasir, Surau Parit Ayer Hitam 3 dan diakhiri dengan penyembelihan di Surau Al Falah Parit 2 Padang Lalang, Bagan Serai sebentar tadi.
Alhamdulillah, program berakhir dengan edaran kain pelikat kepada jawatankuasa serta petugas korban yang hadir ke program iaitu Timbalan Menteri Kesihatan I, YB Dato’ Dr Haji Noor Azmi Ghazali, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak YB Tuan Haji Razman dan Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) YB Tan Seri Dato Seri Noor Azmi Ghazali. Sumbangan kain pelikat itu ditaja oleh Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Bagan Serai.