Home Artikel PAS Perak

Program Amal Ihtimam Korban Bank Islam 2020/1441H

295
SHARE

Image may contain: 1 person, standingPARIT BUNTAR, 03/08/2020.

Program Amal Ihtimam Korban Bank Islam 2020/1441 Hijrah telah diadakan di Tapak Pasar Hari, Pekan Batu 5 di sini hari ini.

Program anjuran Bank Islam Malaysia Berhad Wilayah Utara dengan kerjasama jawatankuasa pentadbiran Masjid Mahyuddin itu telah menjemput ADUN Gunung Semanggol Tuan Haji Razman Zakaria merangkap Pengerusi Pendidikan, Pembangunan Modal Insan NGO dan Masyarakat Sivil Perak untuk menyampaikan sumbangan Zakat kepada 32 penerima sekitar Kariah masjid tersebut.

Program juga turut menyaksikan penyerahan replika cek berjumlah Rm5000.00 sumbangan dari Bank Islam kepada pihak masjid yang diterima oleh pengerusinya Tuan Haji Muhammad Hayat.

Menurut Pengurus Wilayah Utara Bank Islam Encik Ahmad Fauzi Muhammad akhir, program tersebut merupakan acara tahunan Bank Islam dan pada tahun ini sebanyak Rm9600.00 diperuntukkan untuk sumbangan kepada asnaf pada hari ini.

Sementara itu YB Razman di dalam ucapannya menghargai komitmen pihak korporat khususnya Bank Islam yang turut bersama-sama pihak kerajaan dalam usaha menyantuni golongan asnaf.

Program diakhiri dengan penyerahan sumbangan tunai zakat dan daging korban kepada 32 penerima serta sesi bergambar bersama jemputan. Turut hadir Pegawai Tadbir Agama Parit Buntar Abdul Hadi Khudri, Penyelaras Pentadbiran Masjid Mohd Hanif Mohd Teridi dan pengurus pengurus Bank Islam serta kakitangan.Image may contain: one or more peopleImage may contain: one or more people and people standing