Oleh : Ibnu Janie
MASJID TANAH, 20 Julai : Ibu bapa pelajar bersama-sama dengan guru-guru, kakitangan dan orang ramai telah melakukan gotong-royong membersihkan kawasan Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Harun Ar-Rasyid, Londang di sini semalam.
Menurut Guru Besar SRITI Londang, Mohd Taufik Jamil, gotong-royong ini adalah sebagai persediaan untuk SRITI memulakan semula aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) selepas ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ibu bapa pelajar yang hadir membantu dalam persediaan keceriaan kelas dan penyediaan SOP Covid-19 bagi sesi P&P yang bakal bermula 22 Julai ini.
Aktiviti gotong-royong yang bermula dari jam 8 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi ini melibatkan penyertaan lebih dari 40 orang individu termasuk sekumpulan pelajar dari Madrasah Al-huffaz Darul Ansar (AHDA).
Mereka yang berminat untuk menyumbang kepada dana pengurusan dan pembangunan sekolah boleh menyalurkan sumbangan anda ke SRITI Harun Ar-Rasyid di akaun Bank Rakyat – No akaun 110451007202.