Home Berita PAS Perak

Kempen Derma Darah Memupuk Nilai Murni Kepada Masyarakat

1149
SHARE

Image may contain: 1 personPengarah Komunikasi Strategik Negeri Perak (STRATCOM), Ustaz Hafez Sabri hari ini hadir bagi merasmikan Program Kempen Derma Darah Gugusan Manjoi di Dewan Orang Ramai Kg. Sg. Tapah, Manjoi.

Image may contain: 3 people, people standing

Program ini dijayakan dengan kerjasama dari pihak Tabung Darah, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh yang diketuai oleh Dr. Sabariah Mohd Noor, Ahli Majlis Bandaraya Ipoh, CLR Tuan Syed Noor Hisyam Syed Hassan, Penghulu dan JSPK Gugusan Manjoi.

Image may contain: 3 people, people standing and text

Ustaz Hafez juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Prihatin Rakyat Kinta (NGO Prihatin Rakyat) sempat beramah mesra dengan masyarakat setempat yang hadir dari sekitar Dun Manjoi yang mengambil peluang menjadi penderma.

Image may contain: 3 people, people sitting and text

Beliau juga turut memaklumkan bahawa pihak HRPB sangat memerlukan simpanan darah bagi kegunaan pihak hospital bagi merawat mereka yang memerlukan maka oleh itu kempen kesedaran begini dapat memupuk nilai murni dan semangat kepada masyarakat untuk hadir menderma darah.

Image may contain: 5 peopleKempen ini akan lebih kerap dianjurkan sekitar Bandaraya Ipoh bagi memudahkan masyarakat yang menghadapi masalah kekangan waktu untuk hadir terus ke hospital, maka hari minggu begini dapat memberi peluang kepada mereka untuk hadir dengan keadaan yang lebih selesa.

Image may contain: one or more people, people sitting and people standing

Para penderma darah turut diberikan Sijil Penghargaan sebagai tanda terima kasih dari pihak HRPB.

#PrihatinRakyat
#KhidmatUntukSemua

Image may contain: 5 people, crowd and text