Home Berita PAS Selangor

Bingkisan Rida’ Di Bahu Siri 3 Ketua Dewan Ulama PAS Selangor – Politik Islam, Politik Berkat

839
SHARE

Politik Islam memiliki cita-cita untuk beroleh keberkatan Allah SWT.

Keberkatan yang dijanjikan-Nya kerana sifat Iman (keyakinan dengan Islam) dan Taqwa (melaksanakan perintah-Nya).

Keberkatan ini tiada dalam kamus politik tanpa agama.

Firman Allah SWT dalam Surah Al-A’raf ayat 96
وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ
Maksudnya : Dan (Tuhan berfirman lagi) : Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Pemerintahan yang memenuhi sifat kehambaan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan suruhanNya dan meninggalkan larangan-Nya dijanjikan kemakmuran yang berkat iaitu kebaikan-kebaikan yang melimpah ruah tanpa disangka-sangka. Itulah adalah janji Allah SWT yang wajib diImani oleh setiap jiwa Muslim.

20 Zulkaedah 1441H | 11 Julai 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan