Politik dalam Islam adalah untuk menegakkan agama Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan menguruskan bumi Allah dengan panduan Islam yang syumul.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat 30 :
وَإِذۡ قَالَ رَبُّكَ لِلۡمَلَٰٓئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٞ فِي ٱلۡأَرۡضِ خَلِيفَةٗۖ قَالُوٓاْ أَتَجۡعَلُ فِيهَا مَن يُفۡسِدُ فِيهَا وَيَسۡفِكُ ٱلدِّمَآءَ وَنَحۡنُ نُسَبِّحُ بِحَمۡدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَۖ قَالَ إِنِّيٓ أَعۡلَمُ مَا لَا تَعۡلَمُونَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
Allah SWT telah menciptakan Adam AS dan sekalian manusia sebagai khalifah (pemerintah) di muka bumi. Iaitu tujuannya adalah untuk memakmurkan bumi menurut perintah-Nya dan agama Islam sebagai pedoman, jauh daripada kehendak nafsu syahwat dan kepentingan duniawi semata-mata.
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan