Home Artikel PAS Selangor

Pertemuan Mahabbah PAS Selangor Bersama Parti Ikatan Selangor

386
SHARE

PAS Selangor menerima kunjungan hormat Parti Ikatan Bangsa Malaysia Negeri Selangor di Pejabat Perhubungan PAS Selangor di Shah Alam.

Delegasi Parti Ikatan Selangor diketuai oleh Pengerusinya yang baru Tuan Nik Marhalim Dato Mohd Bakri bersama AJK Tertinggi peringkat negeri Selangor. Beliau menggantikan Almarhum Datuk Seri Mohd Badri Abdul Rahman yang meninggal dunia pada bulan Mei tahun lepas.

Pimpinan PAS Selangor diketuai oleh YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi Pesuruhjaya bersama Ahli Jawatankuasa Harian menyambut kehadiran rakan-rakan dari Parti Ikatan.

Pertemuan mahabbah ini secara tidak langsung memperkukuhkan lagi Gagasan Sejahtera yang telah termetri sebelum ini. Langkah seiringan ini menjadi satu ketumbukan yang ampuh bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang.

Pertemuan semakin rancak bilamana bekas mantan-mantan calon Parti Ikatan yang bertanding atas tiket PAS turut bersama berkongsi pengalaman. 3 kerusi di Selangor yang ditandingi PRU 14 yang lalu ialah di DUN Bukit Gasing diwakili oleh Datuk David Sew Kah Heng, DUN Pandamaran G S Santokh Singh dan di DUN Kinrara Datuk Jonathan Lim Ying Ran.

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan

#MalaysiaSejahtera
#MuafakatNasional