KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERLIS
KESATUAN FIKIRAN DAN AMAL MENUJU PRU-14
1. PAS merupakan parti politik islam yang berpengaruh di Malaysia. Kekuatan PAS terletak kepada tiga tunjang utama iaitu tarbiyah, siyasah dan dakwah. Tiga tunjang ini sentiasa berkaitan diantara satu sama lain dan tidak ada satu pun diabaikan dalam perjuangan PAS. Antara hasil tarbiyah Berjaya adalah terbentuknya kesatuan fikiran dan kesatuan kerja (Wehdatul Fikr, Wehdatul Amal) yang kukuh.
2. Sebagai ahli PAS, menjadi keperluan untuk kita membina kesatuan fikiran yang kukuh dengan menghadiri program-program tarbiyah. Kesatuan kerja pula datang daripada ukhuwah yang jitu antara pimpinan dan ahli. Di dalam surah As Saff ayat 4, Allah SWT berfirman;
“Sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”
3. Pilihanraya umum yang ke-14 (PRU14) sudah tidak lama lagi, maka setiap peringkat pemuda PAS daripada ahli hinggalah pimpinan perlu bekerja keras bagi memastikan kerja-kerja menuju PRU-14 dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh bermula dari sekarang.
4. Anak muda adalah pencorak landskap politik negara dan negeri masa kini. Justeru, anak muda mesti berani membuat perubahan demi menyelamatkan negara.
5. Keyakinan yang tinggi hendaklah disandarkan kepada Allah SWT manakala gerak-kerja yang tersusun pula mampu memberikan impak dalam usaha melakukan perubahan.
6. Oleh yang demikian, saya mengajak seluruh jentera Pemuda PAS di semua peringkat, supaya menggandakan gerak-kerja di samping meningkatkan hubungan kita dengan Allah SWT. Semoga madrasah Ramadhan tahun ini menjadi medan terbaik buat kita ke arah mencapai matlamat “Anak Muda Sokong PAS” pada PRU 14 nanti.
Sejahtera Bersama Islam
Mara Menuju Cita
USTAZ MUHAMMAD AZMIR BIN AZIZAN
Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis
11 Ramadhan 1438H / 6 Jun 2017
{jathumbnail off}