Kita semua berdukacita dengan berita pemergian Pak Subky, Pengerusi Assabiqun PAS. Sosok ini tidak dinafikan sangat banyak berjasa dalam PAS, memberi inspirasi kepada segenap lapisan ahli PAS.
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) dan seluruh saff kepimpinan mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau. Semoga Pak Subky ditempatkan dalam kalangan yang beriman dan beramal soleh dan ahli keluarganya diberi ketabahan serta dipermudahkan urusan.
USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
23 Jun 2020 l 1 Zulkaedah 1441H