Selamat Hari Wartawan Nasional
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan Selamat Hari Wartawan buat seluruh wartawan Malaysia sempena Sambutan Hari Wartawan pada 29 Mei 2020.
Tugas wartawan amat diperlukan dalam menyebarkan maklumat yang sahih dan terkini kepada masyarakat.
Kepentingan peranan wartawan juga lebih terlihat dalam suasana krisis seperti penularan Covid-19 sekarang apabila masyarakat bergantung kepada mereka untuk mendapatkan maklumat terkini tentang situasi dalam negara.
Bahagian kewartawanan turut dianggap sebagai salah satu sektor ‘essential’ atau keperluan dalam sistem pentadbiran kerajaan apabila banyak sektor lain terhenti operasinya semasa Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu.
Oleh itu, amatlah wajar untuk setiap wartawan Malaysia menjalankan tanggungjawab ini dengan penuh amanah dan berintegriti agar maklumat yang tepat sampai kepada masyarakat.
Para wartawan juga harus jujur serta berhati-hati dalam membuat liputan agar tiada berita palsu dan tulisan berunsur hasutan tersebar dalam masyarakat.
Semoga hadis Rasulullah SAW ini dapat menjadi pembakar semangat dan peringatan buat para wartawan agar istiqamah dalam menjalankan tugas dengan penuh amanah.
Daripada Jarir bin Abdullah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ
Maksudnya: Barangsiapa yang memulakan suatu perbuatan dalam Islam suatu sunnah yang baik, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan bagi pemulanya pahala orang yang beramal denganya, dan tidak akan berkurang daripada pahala mereka suatu pun, dan barangsiapa yang memulakan dalam Islam suatu sunnah yang buruk, lalu diamalkan orang selepasnya, dituliskan baginya dosa sesiapa yang beramal dengannya, tanpa berkurang dengan satu dosa suatu apa pun. [Riwayat Muslim (1017)]
Terima kasih atas komitmen anda. Selamat Hari Wartawan!
YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
6 Syawal 1441H
29 Mei 2020