Home Berita PAS Melaka

Guru SRI Ahmadiah Terkesan PKP Dibantu

1001
SHARE

Oleh : Shawal Ahmad

KOTA MELAKA: Guru Sekolah Rendah Islam (SRI) Ahmadiah di Telok Mas, Melaka terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dibantu demi meringankan beban mereka.

Bantuan disumbangkan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kota Melaka (LKK PKKM) dengan kerjasama Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Cawangan Melaka.

Ketua LKK PKKM, Noorfazilah Ismail berkata sumbangan kewangan dan barangan makanan telah pun disampaikan kepada tenaga pengajar itu semalam di Telok Mas.

“Ia tanda prihatin terhadap nasib guru-guru berkenaan yang turut mengalami kesulitan berikutan penularan Covid19 dan memberi perhatian serius terhadap kebajikan guru-guru terbabit sepanjang PKP dilaksanakan.

‘’Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat menggembirakan para guru dan meringankan sedikit sara hidup guru bersama keluarga menjelang hari raya.

“Ini merupakan sumbangan kali ketiga bagi meringankan beban-beban mereka kerana guru-guru SRI tidak mendapat gaji penuh disebabkan hanya 30 peratus sahaja ibu bapa pelajar yang membayar yuran.

‘’Kebanyakan Ibu bapa tidak dapat membayar yuran kerana hampir 70 peratus daripada mereka bekerja sendiri dan telah hilang punca pendapatan, pihak sekolah hanya bergantung kepada kutipan yuran tanpa sumber kewangan lain” ujarnya di dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau turut menghargai para dermawan yang telah menyumbang kepada Dana SRI dan menyeru orang ramai untuk terus menderma.

“Terima kasih kepada semua penderma yang banyak membantu serta menyumbang kepada Dana SRI, semoga Allah SWT menjadikan sumbangan ikhlas yang dihulurkan anda semua sebagai aset yang bernilai di akhirat nanti akan mengalir pahala dan kebaikan kepada semua.

“Yang berkelapangan boleh terus menyumbang ke akaun BANK MUAMALAT bernombor 0401-0003304-71-7 atas nama Sekolah Rendah Islam SRI Ahmadiah.’

“Bukti sumbangan hendaklah dihantar kepada kami menerusi e-mel di alamat sri_ahmadiah@yahoo.com atau melalui aplikasi whatsapp di talian 012-6941849 untuk tujuan rekod,” katanya ketika dihubungi di sini.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)