Hari ini kita merayakan lagi sambutan Hari Guru demi meraikan semua guru-guru yang telah berjasa kepada semua manusia.
Susah payah guru dalam mendidik tidak ternilai pengorbanannya. Tetap tabah walau banyak rintangannya. Ditambah dengan arus kemodenan yang menyebabkan ramai guru menjadi serangan ibu bapa yang tidak faham adab budaya.
Guru diperlukan oleh semua bidang. Menulis dan membaca ABC ada gurunya. Menjadi peguam ada gurunya. Menjadi jurutera ada gurunya. Menjadi usahawan ada gurunya. Menjadi ustaz juga ada gurunya. Malah menjadi penyanyi pun ada gurunya.
Semuanya memerlukan guru. Begitulah pentingnya peranan seorang guru bagi memastikan seseorang itu berada dalam landasan yang betul dalam sesuatu disiplin ilmu.
Hari ini kita dedikasikan penghormatan buat semua guru, satu kerjaya paling mulia di atas mukabumi Allah ini.
Kami akhiri dengan sebuah sajak nukilan Cikgu Md Hadun Musa :
Guru,
Rapatlah dengan keikhlasan,
Semoga ilmu bermanfaat itu menjadi bekalan di alam barzah nanti,
Insya-Allah ia menjadi saksi di mahsyar nanti,
Kita semua adalah cikgu mengikut keadaan masing-masing.
Semoga kasih sayang Allah iringi kita.
Selamat menyambut Hari Guru untuk semua insan bergelar guru dari seluruh warga PAS Kawasan Masjid Tanah Melaka.
USTAZ IMRAN ABDUL RAHMAN
• Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah
• Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka
• Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka