Home Berita PAS Wilayah

Selamat Hari Belia 2020: Contohi Keteguhan Peribadi Belia Terdahulu

1006
SHARE

Selamat Hari Belia 2020: Contohi Keteguhan Peribadi Belia Terdahulu

Peranan belia dalam pembentukan sebuah masyarakat yang baik tak dapat dinafikan lagi, sepertimana kata-kata Saidina Ali R.A:

“Jika kamu mahu melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah pemuda-pemudinya pada hari ini.”

Sejarah zaman berzaman menyaksikan pelbagai kisah kebangkitan para belia untuk menegakkan agama Allah, antaranya Ashabul Kahfi, Ashabul Ukhdud serta tokoh yang membuka Konstantinopel, Sultan Muhammad Al-Fatih.

Pada zaman awal perkembangan Islam di Makkah juga, kepentingan adanya para belia untuk kejayaan dakwah dapat dilihat melalui peristiwa hijrah di mana mereka diberikan tugasan yang berat dan mencabar.

Belia pada hari ini seharusnya mencontohi keteguhan peribadi tokoh-tokoh ini dalam mendepani pelbagai cabaran di sekeliling mereka.

Buat para belia, hayatilah pesanan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam buku “Sehingga Pemuda Mengerti [حتى يعلم الشباب] :

1. Mempelajari dan membentuk kefahaman agama Islam.
2. Mengamalkan ilmu dan menjalani kehidupan muslim yang hakiki.
3. Menyebarkan ilmu dan terlibat dengan kerja dakwah.
4. Bersabar menghadapi mehnah dalam kerja dakwah.

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) serta seluruh saff kepimpinan mengucapkan Selamat Hari Belia kepada seluruh warga belia di Malaysia khusus di Wilayah Persekutuan. Semoga anda dapat menjadi generasi pelapis yang terbaik untuk negara kita yang tercinta!

Siiru ‘ala barakatillah

Islam Memimpin Perpaduan

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
15 Mei 2020 l 22 Ramadhan 1441H