Home Berita PAS Melaka

Tazkirah Ramadan Bersama Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka Siri 19

707
SHARE

20 RAMADAN 1441
13 MEI 2020

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صلى على محمد وعلى الــه محمـد

Tazkirah Ramadan :-

Tajuk : Peristiwa Badar Kubra – Pengajaran Besar Buat Umat Yang Berjuang.

Sesungguhnya Peperangan Badar yang berlaku pada 17 Ramadan tahun kedua Hijrah ini telah dilakarkan dalam sejarah sebagai peperangan pertama yang disyariatkan dalam Islam.

Antara ‘ibrah (pengajaran) yang terdapat dalam Kisah Perang Badar ini ialah :-

(1 ) Semoga dapat menaikkan Izzah (kebangggan) kita semua mereka yang berjuang untuk terus mencurah usaha kita dalam medan dakwah, siasah dan tarbiyah ke arah mengubah kehidupan masyarakat.

(2) Semestinya bagi kita yang berjuang ini, untuk menghargai nilai nikmat Iman dan Islam yang kita kecapi hari ini dengan merasakannya sebagai suatu bentuk amanah yang wajib kita amalkan dan laksanakan.

(3) Golongan yang menjadi tulang belakang (tonggak) kebangkitan dan penyebaran iaitu (Soffatul Mukhtarah) ini adalah golongan yang menyerahkan diri dan mengorbankan tenaga dan harta benda mereka ketika mana saat Islam itu ditindas dan diseksa.

(4) Begitu juga, tiada bezanya pada hari ini golongan yang berusaha menegakkan kembali syariat Islam di tanah air tercinta ini seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. di Madinah Munawwarah dahulu terus mendapat penentangan dan penindasan malahan dianggap sebagai pelanggar hak asasi manusia. Sebagaimana kita terpaksa berhadapan akan segala serangan golongan yang cuba menentang Perundangan Islam seperti Gerakan Kumpulan SIS, DAP dan lain-lain.

(5) Siapa lagi yang nak diharapkan kalau bukan kita yang memahami dan memiliki kesatuan fikrah (pemikiran) dan kebersamaan dalam gerak kerja amal Islami bagi memastikan Syariat Islam terus tertegak di muka bumi ini.

(6) Begitu juga, Rasulullah S.A.W. dan para sahabat juga telah mengajar kita Konsep SYURA dalam menentukan sesuatu perkara yang tidak terdapat dalam Nas Al-Quran dan As-Sunnah. Sebab itu di dalam Parti PAS adanya organisasi tertinggi ialah Majlis Syura Ulamak di dalam menentukan sesuatu keputusan parti. Dan Majlis Syura ini juga adalah merupakan asas pentadbiran dan politik Islam yang tetap, yang tidak boleh diabaikan sama sekali.

(7) Perang Badar ini juga, mengajar kita para pemimpin masyarakat perlu menyusun dengan teliti setiap perancangan yang bersistem. Di mana kebenaran itu tidak akan dapat ditegakkan sekira ianya tidak disertai dengan strategi yang betul dan bersistem. Sebagaimana Firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quranulkarim :- ان الله يحب الذين يقاتلون في سبيلــه صــفــا كأنهــم بنيان مــرصـوص

(Surah As-Soff : Ayat 4.)

Maksudnya : Sesungguhnya Allah S.W.T. mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela AgamaNya dalam satu barisan yang tersusun rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Akhir kata, semoga semangat dan roh kemenangan Badar Al-Kubra ini akan kembali berulang di akhir zaman ini dan seterusnya dapat menyuntik semangat juang kita semua untuk terus bangkit menghayati dengan teguh menyokong dan mendokong perjuangan Islam dan kepimpinannya.

تكبــير…اللــه أكــبـر
سيــروا على بـــركــة اللــه
والسلا م عــليكم ورحمــة اللـه وبــركــاته

Salam Ukhuwwah Islamiah

USTAZ ABU IKRIMAH
Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka
• Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Masjid Tanah
20 Ramadan 1441H | 13 Mei 2020 M


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)