Jururawat: Khidmat untuk kesejahteraan negara
1. Jururawat adalah profesyen yang mengabungkan antara ‘SENI’ dan ‘SAINS’ yang membantu individu dalam mempelajari penjagaan diri sendiri pada bila-bila masa serta membantu yang lain apabila mereka tidak berdaya memenuhi keperluan serta aktiviti penjagaan diri sendiri.
2. Dewan Muslimat PAS Negeri Perak mengambil kesempatan pada hari ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Jururawat Sedunia buat seluruh jururawat di Malaysia khususnya bagi mereka yang berkhidmat di negeri Perak ini.
3. Sesungguhnya, bidang dan tanggungjawab yang dipikul oleh semua jururawat pasti memiliki cabaran dan ujian yang besar. Di saat dunia dilanda wabak Covid-19, seluruh rakyat tidak dapat menafikan pengorbanan yang dilakukan jururawat setanding dengan frontliners yang lain.
4. Umum juga mengetahui, telah menjadi kelaziman jururawat memiliki waktu bekerja yang agak panjang, hingga kadang kala mereka terbelenggu dengan tugas merawat pesakit lebih daripada keluarga sendiri.
5. Dewan Muslimat PAS Negeri Perak mendoakan agar semua jururawat sentiasa tabah mengharungi rintangan dan dugaan sepanjang perkhidmatan. Insya Allah tugasan yang mulia ini akan diganjari pahala setimpal oleh Allah SWT.
6. Buat seluruh jururawat, tetap teguhlah berkhidmat untuk kesejahteraan semua pihak. Tanpa perkhidmatan kalian yang penuh prihatin dan dedikasi ini, pastinya tidak lengkap pasukan perubatan dan kesihatan negara kita. Kalian wira negara kebanggaan semua. Terima kasih!
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”
Ikhlas daripada,
Dr Hjh Najihatussalehah binti Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
12 Mei 2020 | 19 Ramadan 1441H