Home Berita PAS Melaka

Tazkirah Ramadan Bersama Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka Siri 11

722
SHARE

12 RAMADAN 1441
5 MEI 2020

Hindari Perkara Maksiat ketika Berpuasa

Daripada Abu Hurairah RA lagi katanya bahawa Nabi SAW bersabda : “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan berkelakuan keji lagi buruk sedangkan dia berpuasa, baginya tidak ada kelebihan di sisi Allah selain daripada lapar dan dahaga sahaja yang didapatinya.”

(Riwayat al-Bukhari)

Huraian Hadith :
Orang yang berpuasa sedangkan mereka tidak memelihara lidah (percakapannya) dan juga masih melakukan maksiat, tidak akan diberi pahala oleh Allah SWT ke atas puasa mereka selain lapar dan dahaga sahaja.

Puasa yang paling istimewa di sisi Allah SWT ialah mereka yang dapat menahan lapar dan dahaga serta menjaga pancaindera mereka daripada melakukan maksiat dan dosa di samping menambahkan amal ibadat lain sepanjang mereka berpuasa.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)