PEKERJA DAN CABARAN BUDAYA NORMA BAHARU
Hari Pekerja tahun ini sememangnya dalam keadaan yang sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Perintah Kawalan Pergerakan yang terpaksa dilaksanakan oleh kerajaan akibat dari pendamik Covid-19 yang sedang melanda dunia memberi kesan yang sangat besar kepada pekerja.
Banyak sektor pekerjaan yang tidak ‘essential’ terpaksa dihentikan dahulu. Kesan langsungnya adalah kepada pendapatan para pekerja.
Namun kerajaan telah mengambil langkah yang sepatutnya melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Covid-19 yang lebih dikenali dengan Pakej PRIHATIN.
Bukan sahaja pendapatan yang terjejas, suasana kerja juga berubah demi memutuskan rangkaian Covid-19.
Yakinlah tersirat pelbagai hikmah dari Allah SWT melalui ujian ini. Yang penting kita bersabar dan bersatu menghadapinya.
PAS Kawasan Tangga Batu mengucapkan Selamat Hari Pekerja 2020 dan selamat menempuh cabaran kerja dengan norma yang baharu.
HAJI BAKRI JAMALUDDIN
Yang DiPertua PAS
Kawasan Tangga Batu