Home Berita PAS Melaka

Ameerah PAS Melaka Serah PPE Ke Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah

1094
SHARE


Oleh : Ibnu Janie

ALOR GAJAH : Ameerah PAS Melaka telah menyumbangkan sebanyak 755 helai PPE kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Alor Gajah petang semalam.

Penyerahan tersebut dilakukan oleh Ketua Ameerah Melaka, Cik Hazirah Bt Md Isa dan telah diterima oleh Pegawai Epidemiologi PKD Alor Gajah, Datin Seri Dr Norzakiah bt Mohd Tahir bagi pihak PKD Alor Gajah.

Ameerah Melaka turut terlibat secara aktif bersama KHIDMAT Malaysia Melaka beserta beberapa NGO lain yang bernaung dibawah KHIDMAT Malaysia Melaka dalam melaksanakan program membuat Alat Pelindung Diri ( PPE ).

Menurut Hazirah, demi rasa cinta dan tanggungjawab kepada negara dan rakyat Malaysia, Ameerah berasa terpanggil untuk bersama-sama terlibat dalam usaha melawan Covid -19 walaupun dari belakang pentas.

PPE yang berupa isolation gown ini dibuat dengan bantuan sukarelawan-sukarelawan yang mempunyai kepakaran dalam bidang jahitan di sekitar Negeri Melaka termasuk dari kalangan anggota Ameerah PAS Melaka sendiri. Sementara bahannya pula dibeli hasil dari sumbangan NGO-NGO dan derma orang ramai.

Turut hadir menyampaikan sumbangan itu Norain Akmar bt. Ismail dan Syakirah Nodin yang merupakan AJK Ameerah PAS Melaka.


Wartawan Rakyat Melaka (WARM)