Oleh : Anas Abdullah
AYER MOLEK : Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya terus mengorak langkah untuk menghulurkan bantuan kepada guru-guru PASTI di DUN Ayer Molek yang bertempat di AsarMart di sini semalam.
Sumbangan dan bantuan ini disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya Muhammad Ridzuan Bin Mohd Sarif.
Menurut beliau, sumbangan dan bantuan ini diberikan bagi meringankan beban kepada guru-guru di sekitar Kawasan Hang Tuah Jaya yang terjejas sepanjang COVID-19 ini.
Tambah beliau lagi, seramai 53 orang guru yang terkesan sepanjang COVID-19 ini. Dan seramai 36 orang guru yang telah pun selesai mengambil barangan sumbangan.
Turut hadir bersama menyampaikan bantuan adalah Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Hang Tuah Jaya Anas Abdullah.