Sebentar tadi laman Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat satu kenyataan berkaitan beberapa maklumat yang tersebar di media sosial yang disahkan palsu. Berikut ialah kenyataan penuh MKN :
PEMAKLUMAN BERITA PALSU
Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial:
1. Pihak Lepapa Hypermarket, Serian, Sarawak menafikan dakwaan sesetengah pihak yang melarang pelanggan membeli barang di pasaraya tersebut disebabkan pesakit positif COVID-19 telah berlegar-legar di kawasan pasaraya tersebut dan menegaskan pihak Lepapa Hypermarket sentiasa mengambil langkah pencegahan COVID-19 untuk melindungi keselamatan pelanggan.
2. Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Negeri Johor menafikan dakwaan terdapat seorang individu positif COVID-19 di Pasar Borong Pandan, Johor Bahru.
Pasukan Respon Pantas
KKMM
15 April 2020│10.30 Pagi
Kredit Sumber : Laman Telegram Rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN)
Kami dari Berita PAS akan terus membawakan kepada anda makluman-makluman terkini tentang berita palsu yang tersebar di luar sana agar anda tidak diperdaya dan panik.
Editor Wartawan Rakyat Melaka