Home Berita PAS Melaka

Nasib Dua Anak Yatim Dibantu PAS Cawangan Sungai Siput

1074
SHARE

Oleh : Ibnu Janie

MASJID TANAH : PAS Cawangan Sungai Siput menyampaikan sumbangan demi membantu dua orang anak yatim yang kematian nenek mereka baru-baru ini. Sumbangan disampaikan Ketua Cawangan, Asri Shaik Abd Aziz bersama-sama dengan beberapa orang pimpinan cawangan di sini pagi tadi.

Asri yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua (TYDP) PAS Kawasan Masjid Tanah berkata sumbangan adalah dalam bentuk wang tunai, makanan, peralatan rumah dan beberapa peralatan elektrik merupakan sumbangan daripada pimpinan dan ahli PAS Cawangan Sungai Siput sendiri dan juga Muslimat PAS Cawangan Taboh Naning.

Jelas Asri lagi dua beradik ini yang merupakan anak yatim kehilangan nenek mereka yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 5 April lepas.

“Kedua-dua mereka yang berumur 18 dan 21 tahun yang selama ini dijaga oleh arwah nenek mereka sejak kecil ini terpaksa berhenti belajar kerana kesempitan hidup. Mereka sekarang ini tidak mempunyai sumber pendapatan kerana belum bekerja.

“Ini ditambah lagi dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) juga bulan puasa dan Adilfitri yang bakal tiba sudah tentu mereka memerlukan lebih banyak belanja.

“Mana-mana pihak yang ingin membantu mereka berdua boleh menghubungi saya dan kita akan sampaikan sumbangan tuan-tuan untuk membantu mereka.” Ujar Asri.

Asri bagi pihak PAS Cawangan Sungai Siput mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang membantu dalam program amal ini.