Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

COVID 19: Syabas KKM Bertindak Tepat

1206
SHARE

COVID 19: Syabas KKM Bertindak Tepat

1.Kerajaan Malaysia khususnya KKM dilihat telah melakukan tindakan yang betul dalam menangani krisis pandemik COVID 19. Langkah-langkah yang diambil ternyata membuahkan hasil di mana Malaysia antara negara yang berjaya mendatarkan lengkungan graf agar tidak berterusan menuju ke puncak.

2. Jika melihat statistik dari WHO dan CPRC Kebangsaan hari ini, jumlah kematian di Malaysia akibat Covid 19 adalah 1.58% berbanding peratus kematian di USA 3.23%, Spanyol 9.98% , Itali 12.67% , Indonesia 8.12% dan Filipina 4.7%. Kadar Mortaliti disebabkan wabak ini di Malaysia jauh lebih rendah dari kadar kematian di peringkat dunia iaitu 5.83 %.

3. Kadar kesembuhan di Malaysia ketika artikel ini ditulis adalah 38 %, lebih baik dari kadar kesembuhan keseluruhan di serata dunia iaitu 21.77%. USA biarpun dianggap sebagai sebuah negara yang menerajui pelbagai kecanggihan hanya mencatat kesembuhan lebih kurang 5.26%. Negara-negara maju lain seperti Sepanyol ialah 32.4 % dan Itali 19 %. Negara hebat lain dalam bidang perubatan iaitu Korea Selatan pula mencatat 66. 9% dan Australia 46.48%.

4. Kakitangan barisan hadapan KKM (frontliners)yang menghidap Covid 19 di Malaysia adalah seramai 181 orang dengan dua kematian namun kesemua penghidap tidak terinfeksi ketika mengendalikan pesakit Covid 19 tetapi kerana mempunyai sejarah perjalanan luar negara dan jangkitan berkaitan kluster lain.

5. Kesemua fakta ini menggambarkan betapa komitednya kerajaan Malaysia untuk mengekang pandemik ini dari terus menular. Keupayaan pasukan barisan hadapan (frontliners)wajar dipuji walaupun kita masih berhadapan dengan beberapa kekurangan. Sumbangan dan kerjasama dari pelbagai pihak khususnya pihak swasta, badan NGO dan NGI sangatlah bermakna kerana krisis pandemik ini bukanlah hanya masalah kepada pemerintah. Setiap rakyat Malaysia mestilah memainkan peranan masing-masing.

#bersamakitamengekangwabak
#islammemimpinperpaduan

Dr Najihatussalehah Ahmad.
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Malaysia.
16 Syaaban 1441H
10.4.2020