SABAR MENGHADAPI WABAK
وَٱسْتَعِينُوا۟ بِٱلصَّبْرِ وَٱلصَّلَوٰةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلْخَٰشِعِينَ ﴿٤٥﴾
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’,”
(Surah Al Baqarah :45)
Sebagai orang Islam yang percaya dengan dengan rukun Iman yang keenam iaitu percaya Qada’ dan Qadar Allah , manusia wajib percaya bahawa apa sahaja yang datangkan kepada kita adalah satu perkara yang ingin menguji keimanan kita sebagai seorang hamba. Hendak ataupun tidak, kita selaku hamba perlu berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Semua itu ada pahala dan ganjaran yang Allah sudah persiapkan kepada kita.
Di fasa Perintah Kawalan Pergerakan ini, marilah kita bersama-sama memuhasah diri dan perbaiki segala khilaf kita selaku hamba kepada Allah agar segala dosa kita diampunkan dan amalan kita diterima.
Kami dari kepimpinan Jawatankuasa Harian Dewan Muslimat PAS Negeri Johor secara khususnya dan secara umumnya daripada seluruh saff kepimpinan , mengharapkan kepada semua agar tetap duduk di rumah dan sentiasa jaga kebersihan diri dalam mengurangkan penyebaran wabak ini semakin merebak.
Sentiasa sabar dan tenang. Semoga Allah menerima segala amalan ķita.
Terima kasih.
Wassalam.
ISLAM MEMIMPIN WANITA SEJAHTERA
PUAN FATIMAH BINTI ISMAIL
KETUA MUSLIMAT
DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI JOHOR 2019/2021