Takziah Keluarga Norhashimah Deraman
Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menzahirkan ucapan
إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ، اللهم اكْتُبْهُ عِنْدَكَ فِي المُحْسِنِيْنَ، وَاجْعَلْ كِتَابَه فِي عِلِّيِّيْنَ، وَاخْلُفْهُ فِي أَهْلِهِ فِي الغَابِرِيْنَ،
وَلاَتَحْرِمنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ
“Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya lah kami kembali. Dan sesungguhnya kepada tuhan kamilah kami kembali. Ya Allah, tuliskanlah ia di sisi-Mu termasuk golongan orang-orang yang baik. Jadikanlah catatannya di ‘illiyyin. Gantilah ia di keluarganya dari orang-orang yang menginggalkan. Janganlah engkau haramkan bagi kami pahalanya dan janganlah Engkau beri fitnah kepada kami sesudahnya.”
Pemergian bekas Pengerusi Tetap DMPM, Norhashimah Deraman, 52 kira-kira jam 5.15 petang tadi sangat dirasai terutamanya kepada Muslimat PAS Kelantan sendiri.
Sungguh mati itu pasti. Tapi, yang dicemburui oleh kita ialah almarhumah pergi dalam keadaan istiqomah.
Al marhumah pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kelantan, Bendahari Dewan Muslimat PAS Negeri, Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kota Bharu.
Alhamdulillah , selesai sudah kerja buatnya di dunia. Bagi kita yang masih bernafas ini, marilah kita meneruskan kerja buat kita di samping meningkatkan taqarrub dengan Allah.
Selain amalan fardu, biasakanlah juga diri kita dengan amalan sunat tertentu. Jadilah kita singa di siang hari dan rahib di malam hari.
Semoga roh alllahyarhamah tergolong dalam orang-orang beriman. Salam takziah buat seluruh keluarganya.
Al fatihah.
“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”
YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
6 Syaaban 1441
31 Mac 2020