Tragedi RAPID Pengerang: Takziah daripada DMPM
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف عنه
Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan takziah kepada semua keluarga atas pemergian Allahyarham Fadhi Akmal Fadzil, Allahyarham Azarul Ashraf Nor Akmal, Allahyarham Norfazly Md Nor dan Allahyarham Che Huzaidy Che Harun dan Allahyarham Hadi Syafiq Jamil.
Kesemua mangsa tersebut terlibat di dalam insiden kebakaran dan letupan di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Pengerang, Kota Tinggi, Johor pada Ahad, 15 Mac 2020.
Kesemua mangsa adalah seorang kakitangan yang dedikasi, pendiam dan sangat disenangi oleh rakan-rakan sepejabat.
Dewan Muslimat PAS Malaysia melahirkan rasa dukacita dan mendoakan agar roh semua mangsa yang terkorban tergolong di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat keampunan dari Allah S.W.T.
Semoga ahli keluarga yang terlibat bersabar dengan ujian dari Allah ini.
Salam Takziah. Al Fatihah.
YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia.
17 Mac 2020
22 Rejab 1441H.