Home Berita PAS Johor

ARC Johor Iring YB Exco Agama Johor

2460
SHARE

Kelab permotoran Alternative Riding Club (ARC) Johor telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengiring konvoi YB Haji Tosrin Jervanthi, EXCO Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor ke Karnival Jom Mahabbah Keluarga & Kewangan Ibnu Sina yang dianjurkan di Surau Ibnu Sina, Kulai.

Sesampai ke lokasi program, YB Tosrin disambut pula dengan persembahan silat daripada Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia Kebangsaan Johor kelolaan Department of Art, Culture & Sports (DACS) Johor.

Dalam ucapan perasmiannya, YB Tosrin menegaskan agar masjid dan surau dapat diimarahkah dengan aktiviti yang bersesuaian demi memelihara akidah umat Islam khususnya di Negeri Johor.

Selain itu, Badzihan Masri selaku Timbalan Pengarah program turut menyampaikan rasa penghargaan kepada semua yang terlibat khususnya ARC yang telah menurunkan ramai ahli untuk turut serta dalam program ini.

Selain ARC Johor yang menyediakan khidmat tukar minyak hitam percuma kepada para pengunjung, pelbagai pihak lain turut membuka gerai serta pameran yang menarik.

Karnival ini akan terus berlangsung sehingga esok malam dengan pelbagai acara menarik yang dirancangkan.

FARIQ AMIN
14 MAC 2020

Koleksi gambar di

ARC JOHOR IRING YB EXCO AGAMA JOHORKelab permotoran Alternative Riding Club(ARC) Johor telah diberi kepercayaan untuk…

Posted by Media PAS Johor on Saturday, March 14, 2020