Muslimat Legal Team (MUSLET) Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan Tahniah kepada YB Dato’ Hajjah Siti Zailah Mohd Yusoff atas pelantikan sebagai Timbalan Menteri Wanita dan Keluarga.
MUSLET yakin dan percaya dengan pengalaman YB Dato’ Hajjah Siti Zailah selama 18 tahun sebagai wakil rakyat yang dikenali sebagai wanita besi yang peduli rakyat akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kebajikan dan kepentingan seluruh wanita Malaysia.
MUSLET menyatakan komitmen untuk membantu YB Dato’ Hajjah Siti Zailah dalam menggalas tugas yang pastinya amat mencabar ini dan berdoa semoga pembangunan wanita, kanak-kanak dan keluarga Malaysia akan lebih sejahtera di bawah teraju Dato’ Hajjah Siti Zailah.
Siiru ‘ala barakatillah.
Puan Fairuz Idris
Pengarah MUSLET
Dewan Muslimat PAS Malaysia
12 Mac 2020