Home Berita PAS Sabah

PAS Sabah ucap selamat berkhidmat

1087
SHARE

1. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sabah mengucapkan tahniah kepada semua ahli kabinet yang baru dilantik khususnya kepada menteri dari PAS dan semua menteri daripada negeri Sabah.

2. Secara jujur saya melihat gandingan barisan Menteri Kabinet yang dilantik oleh Perdana Menteri sangat meyakinkan boleh berkhidmat untuk masyarakat Malaysia.

3. Gandingan di antara ahli politik dan tokoh profesional dalam senarai Menteri Kabinet tersebut merupakan satu pendekatan yang cukup baik dan mampu memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia.

4. Sebenarnya inilah satu cara yang baik untuk membangun sesebuah negara dan mengurangkan politiking melampau dalam negara.

5. Saya amat yakin semua menteri yang dipilih akan merancang sebaiknya untuk pembangunan negara. Pada pandangan saya buat masa ini yang sangat penting ialah mengembalikan perpaduan yang telah tergugat sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan.

6. Selain itu, kerajaan juga perlu mengembalikan keyakinan antarabangsa terhadap kestabilan politik Malaysia untuk menarik pelabur masuk ke Malaysia.

7. Saya ucapkan selamat berkhidmat kepada semua dengan penuh integriti dan memenuhi citra dan aspirasi rakyat Malaysia.

MOHD AMINUDDIN ALING
Pesuruhjaya PAS Sabah