Home Berita PAS Pahang

Dengar sini… PAS tak rugi apa-apa jika Tun M-Anwar rujuk

3671
SHARE

 

Oleh HAZMI DIBOK

Muafakat Nasional diwujudkan oleh PAS dan UMNO ialah untuk menawarkan alternatif kepada rakyat menjelang PRU15 nanti setelah beronarnya PH dalam memimpin negara selama setahun lebih ini. Muafakat Nasional konsisten menolak DAP yang angkuh bila berkuasa.

 

Perpecahan dalaman PH makin memuncak dengan pertembungan dalaman PKR antara ‘team Azmin’ dan ‘team Anwar’ yang sudah tak dapat ditutup lagi. Begitu juga pertembungan antara team Anwar dan team Mahathir yang mendesak disegerakan pergantian jawatan PM. PAS berpandangan Mahathir perlu terus menjadi PM hingga PRU15 kerana ketegasannya terutama menghadapi DAP dalam kerajaan.

 

Kemuncak desakan itu ialah mesyuarat PH yang terkini pada minggu lepas yang kita semua boleh lihat sidang medianya yang agak pelik oleh respon tegas Mahathir dan respon sabar Anwar.

 

Tiba-tiba pada Ahad, Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM dan Azmin and the gang dipecat dari PKR. Muafakat Nasional melihat ini ruang yang boleh dimanfaatkan untuk kita sama-sama membantu mewujudkan satu perikatan yang baru bagi memimpin dan memulihkan negara tanpa DAP dan tanpa perlu bubar parlimen. Persetujuan awal Muafakat Nasional dan Mahathirnya begitulah. Jelas. Tanpa DAP.

 

Sidang media Muafakat Nasional petang semalam kita dimaklumkan bahawa Mahathir mencadangkan idea yang lain. Iaitu seolah-olah dia inginkan kuasa untuk melantik kabinetnya sendiri dari individu dalam mana-mana parti bagi membentuk kerajaan.

 

Cadangan ini tidak dapat diterima oleh Muafakat Nasional kerana ia tidak seperti kerangka asal yang dipersetujui dan berisiko akan juga melibatkan DAP. Maka MN memutuskan dan mencadangkan kebawah YDP Agung agar Parlimen dibubarkan.

 

PAS dan UMNO tidak rugi apa-apa pun. Memang hala tuju asal kita ialah PRU15. Sekurang-kurangnya banyak masa kita ada untuk buat persiapan bagi menjatuhkan kerajaan PH yang memudharatkan. Tiba-tiba ada ruang untuk merubahnya lebih awal dengan kejutan yang dibuat oleh Mahathir, maka kita cuba memainkan peranan.

 

Akan tetapi jika peluang yang ada ini membabitkan pendirian dan halatuju kita, maka kita tidak gopoh untuk bersamanya. Oleh kerana ruang masih ada, maka kita cadangkan agar parlimen dibubarkan dan serahkan mandat kepada rakyat.

 

Jika berlaku u-turn oleh Mahathir pun, PAS dan UMNO tak rugi apa-apa sebab target asal kita ialah PRU15 nanti. Jika PH dapat majoriti ahli parlimen semula tanpa Mahathir pun, tidak rugi apa-apa sebab ia hanya kembali kepada asal. Cuma menteri-menteri yang lepas sahajalah yang tidak dapat pencen. Jadi apa yang ruginya pada PAS dan Muafakat Nasional?

 

Cumanya… sahabat-sahabat pun bagilah peluang jentera PH nak hiburkan hati mereka sedikit, mundar-mandir mereka dua tiga hari ini.