Oleh : LEA BAIDURI
KANGAR, 18 Februari 2018: Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan para assabiqat yang sentiasa istiqamah membantu didalam perjuangan PAS, Assabiqat Dewan Muslimat PAS Negeri Pulau Pinang (DMPNPP) telah menganjurkan lawatan ke Ma’had Tahfiz Al Quran Al Imam An Nawawi (MATIN) di Perlis, malam kelmarin.
Pengerusinya, Ustazah Mariah Salleh berkata, tujuan lawatan ziarah ini adalah untuk menjalinkan ukhwah diantara muslimat dan MATIN di samping memberi semangat baru kepada para assabiqat yang lama berjuang di dalam PAS selain menimba ilmu dan mencari pengalaman.
Sepanjang perjalanan di dalam bas yang bermula jam 7 pagi dari Markas PAS Pongsu Seribu itu dipenuhi dengan pengisian seperti tazkirah, zikir munajat dan solat dhuha.
Setibanya jam 9.30 pagi di MATIN, para assabiqat disambut meriah dengan jamuan pagi dan persembahan qasidah oleh pelajar-pelajar tahfiz dan ucapan aluan disampaikan oleh Ustazah Suhana Jaafar selaku mudirah MATIN disusuli penerangan dari Ustaz Azmir Azizan sebagai Timbalan Mudir merangkap Ketua Pemuda Pas Perlis tentang perkembangan Ma’had dan turut menyentuh tentang isu-isu politik setempat.
Para peserta juga dibawa melawat persekitaran kawasan seluar 6 ekar yang menempatkan asrama pelajar tahfiz seramai 203 orang dan memuatkan 40 buah pintu ‘pondok’ untuk pelajar dewasa.
Sebelum bergerak ke Pondok Dehrang Maahad Tarbiah Islamiah di Kuala Nerang jam 2 petang, para peserta dijamu makan tengahari oleh pihak MATIN dan solat jama’ takdim berjemaah.
Program berakhir jam 9 malam itu telah disertai seramai 46 orang assabiqat dari setiap kawasan termasuk 4 anggota Briged Muslimat sebagai mengiring.