Home Artikel PAS Sarawak

PAS Kawasan Mukah Meraikan Masyarakat Cina

80 views
SHARE

18 Februari 2018, Mukah: PAS Kawasan Mukah (PKM) telah menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Cina sempena meraikan tahun baru cina di sekitar pasar Mukah, Shell dan Taman Desa Orkid.

Sumbangan ini disempurnakan oleh Puan Mazalina Bt Jali selaku Ketua Muslimat PAS Kawasan Mukah dan saudara Mohammad Safiee selaku Ketua Pemuda PAS Kawasan Mukah.

Sumbangan ini telah mendapat respon yang sangat menggalakkan daripada masyarakat Cina. Ini sangat sesuai sekali dengan slogan PAS, PAS Untuk Semua tanpa mengira kaum. PKM menyumbangkan limau mandarin dan kerepek kepada 11 penerima.