GEMENCHEH, 13 Februari 2018 : PAS Kawasan Tampin telah mengadakan ceramah Motivasi Pilihanraya bertempat di Bilik Gerakan PAS DUN Gemencheh, yang telah disampaikan oleh YB Dr Abdul Rani Osman, ADUN Meru.
Hadir sama ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Tampin, Tuan Haji Abdul Razakek Abdul Rahim.
Kehadiran amilin PAS memenuhi ruang bilik gerakan sehinggakan ada yang terpaksa duduk di ruangan luar, membuktikan PAS akan terus istiqamah demgan gerak kerja Islam dan komited menjadikan Tampin lebih Sejahtera Bersama Islam.
#NegeriSembilanSejahtera