Home Berita PAS Perlis

Penuhi Empat Syarat Untuk Menjadi Ansorullah

1409
SHARE

Oleh: Nur ‘Iffah

KANGAR: Setiap ahli PAS disarankan agar berusaha memenuhi empat syarat penting sebagai seorang Ansorullah, kata Ketua Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd. Salleh.

Menurutnya, sudah menjadi kewajipan selaku penggerak parti, untuk meneruskan perjuangan menegakkan Islam yang  telah diasaskan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat dengan bersungguh-sungguh.

Justeru katanya, selaku pejuang jemaah Islam, mereka perlu berusaha memenuhi lima syarat penting bagi melayakkan mereka bergelar Ansorullah (pembantu agama Allah).

 

“Pertama, kita perlu menjadi wali yakni seseorang yang membantu agama Allah S.W.T..

“Muslimat yang dikasihi sekalian, kita teruskan apa yang kita perjuangkan sekarang (Islam) kerana ini merupakan mata rantai perjuangan yang telah diasaskan oleh Rasulullah S.A.W.,” jelasnya kepada para peserta Gelombang AKIFI, anjuran Lajnah Politik dan Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis di Surau Nur Ahmad, dekat sini, baru-baru ini.

Syarat kedua jelas beliau, seluruh penggerak PAS perlu sentiasa berusaha menyempurnakan amalan fardhu dengan sebaik-baiknya manakala syarat ketiga pula menurutnya, berterusan melakukan amalan sunat untuk meraih kasih-sayang Allah S.W.T.

“Syarat yang keempat, pastikan diri kita sentiasa istiqamah dengan amalan tersebut kerana hasil daripada istiqamah itu, akan terpancarlah petunjuk, bila Allah mencintai kita melalui tingkah laku (amalan) kita.

“Apabila ada keempat-empat syarat ini, maka kita akan tersenarai dalam golongan yang telah dijanjikan Allah akan mendapat pertolongan-Nya,” ujarnya.