Home Berita PAS Melaka

KEM SMART SOLAT 2019 ALOR GAJAH MEMUPUK PENGHAYATAN SOLAT

1196
SHARE
YDP PAS Kawasan Alor Gajah  Ustaz  Syahbudin Senin sedang menyampaikan cenderamata
Ustaz Syahbudin bergambar dengan AJK dan fasilitator program
Peserta-peserta program Smart Solat tekun mengikuti aktiviti program

Oleh : Najua Roslan

ALOR GAJAH- Dewan Muslimat PAS Kawasan Alor Gajah telah menganjurkan Kem Smart Solat 2019 (KSS’19) peringkat kawasan Alor Gajah yang berlangsung dari 26 hingga 28 November 2019.

Program yang dijalankan di PASTI At-Taqwa 1, Kampung Jelatang ini telah dirasmikan oleh YDP PAS Alor Gajah, Ustaz Syahbudin Senin.

Menurut Ketua Muslimat PAS Alor Gajah, Puan Rosela Alwi, KSS’19 dianjurkan bertujuan untuk mendidik peserta mengenai tatacara solat yang betul dan kepentingannya dilaksanakan oleh seseorang yang  bergelar muslim.

Sementara itu Pengarah KSS’19, Puan Aslinah Masud menjelaskan bahawa antara pengisian program ini ialah tasmik, hafazan, amali wuduk dan solat yang dikendalikan oleh fasilitator terlatih.

Tambah beliau, para peserta dinilai pencapaian pemahaman mereka melalui kuiz-kuiz yang dijalankan di akhir program.

Ustaz Syahbudin Senin semasa merasmikan program ini berkata program seperti ini harus dilakukan sebagai aktiviti tahunan kerana itu antara usaha PAS mendidik waris atau generasi masa akan datang untuk menguasai solat dan hafazan al quran dalam kehidupan seharian.

Beliau turut menyampaikan hadiah dan cenderahati kepada para peserta dan para fasilitator.

Program yang telah masuk tahun ke 5 penganjurannya ini disertai oleh 58 orang peserta  lingkungan umur 7 hingga 12 tahun.