Perginya Tokoh Muslimat Haraki
Muslimat PAS Malaysia menzahirkan rasa dukacita yang tidak terhingga di atas berita pemergian mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat 2001-2003, Allahyarhamah To’ Puan Hajjah Fatimah Zainab Ibrahim di pagi Jumaat yang mulia ini.
Allahyarhamah merupakan isteri kepada Allahyarham Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib dan pernah menjawat jawatan Ketua Muslimat PAS Terengganu sesi 1997-2001.
Jasa dan pengorbanan almarhumah kepada muslimat PAS dan perjuangan Islam sangat berharga dan tiada ternilai. Seorang pemimpin yang begitu komited dan sentiasa aktif turun ke program bertemu dengan muslimat dari segala pelusuk.
Taujihat dan kalam mutiara almarhumah yang sentiasa dinanti, kini menjadi bekalan dan pedoman buat seluruh muslimat PAS.Kami mendoakan agar segala kebaikan dan amal sepanjang hidupnya menjadi saham di akhirat.
Semoga rohnya dirahmati Allah dan termasuk dikalangan hamba-Nya yang beriman.
انا لله وانا إليه راجعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهما وَارْحَمْهما وَعَافِهما وَاعْفُ عَنْهما، وَأَكْرِمْ نُزلهما، وَوَسِّعْ مَدخلمها، وَاغْسِلْهما بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهما مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهما دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارهما، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهما، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجهما، وَأَدْخِلْهما الْجَنَّةَ، وَأَعذهما مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ. آمين يَا ربَّ العَالَمِيْن.
Al Fatihah.
YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
11 Rabiul Awal 1441H
8 November 2019
#takziah #alfatihah