Home Berita PAS Negeri Sembilan

Gelombang AKIFI Rembau perkukuh jati diri Muslimat

1259
SHARE

PAROI, 10 FEBRUARI, 2018 – Program Gelombang Akifi (GA) ke-9 anjuran Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Rembau (DMPKR) merupakan satu program ‘berkala’ ke arah pembentukan muslimat akifi yang berlangsung , di sini kelmarin.

Ketua Muslimat DMPKR, Masita Mohamed Ali mengharapkan agar program yang berlangsung di Dewan Al Qamar, kelmarin, mampu melahirkan muslimat yang memiliki sifat alim, haraki dan sufi yang merupakan terjemahan kepada muslimat akifi.

Muslimat akifi, merupakan muslimat yang mempunyai roh jihad yang mampu melaksanakan gerakerja serta meletakkan pergantungan sepenuh hanya pada Allah.

Antara aktiviti program GA termasuk bacaan Al Ma’thurat dan Surah Yaasin, solat maghrib dan isyak, solat sunat hajat serta zikir munajad yang dilaksanakan secara berjemaah. Turut berlangsung ialah majlis ifthor.

 

Terdahulu, Masita telah mengedarkan pamplet “Rangkaian Zikir Munajat” edisi khas yang dikeluarkan oleh DMPM, kepada hampir 30 orang muslimat yang hadir agar zikir munajat berlangsung dengan penuh penghayatan.

Ketua Muslimat DMPM, Ustazah Nuridah Salleh telah memimpin program tersebut serta turut menyampaikan sedikit taujihat. Antara pimpinan pusat yang turut hadir termasuk juga AJK DMPM, Puan Noraini Hussein dan Dr Uyun Malek.

Ketua Muslimat PAS Rembau itu mengakui bahawa program Gelombang Akifi yang di akhiri dengan ‘Salam Ukhuwah’ mampu mengikat ukhuwah antara pimpinan pusat dengan jundiah di peringkat kawasan Rembau.