Ceramah Umum Penyatuan Ummah – Peringkat Parlimen Tampin telah diadakan 20 September 2019 bertempat di Dataran Cili Padi 2, Gemas, Negeri Sembilan.
Program tersebut merupakan program sulung anjuran bersama PAS Kawasan Tampin, UMNO Bahagian Tampin dan BERJASA.
Penceramah-penceramah pada malam tersebut ialah Bendahari PAS Pusat, Dato’ Iskandar Abdul Samad; Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sembilan yang juga Timbalan Presiden UMNO, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan; Presiden BERJASA, Dato’ Dr Badhrulhisham A. Aziz; Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Haji Rafiei Mustapha; dan Ketua UMNO Bahagian Tampin yang juga ADUN Gemencheh, YB Dato’ Mohd Isam Mohd Isa.
#PenyatuanUmmah #MuafakatNasional
Kredit Gambar: Lensa Nismilan