KUALA PILAH – PAS-UMNO terus memantapkan dan mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain. Tuan Haji Rafiei bin Mustafa, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan merangkap YDP PAS Kuala Pilah menghadiri jemputan UMNO Bahagian Kuala Pilah ke Mesyuarat Agong UMNO di sini.
Julung kali jemputan ke Mesyuarat Agong UMNO dihadiri wakil PAS. Justeru itu, kerjasama yang dijalin PAS-UMNO akan memberikan impak positif di dalam sebarang gerakerja masa akan datang.