Home Artikel PAS Perlis

ADUN Guar Sanji Sertai Ziarah Mahabbah 4.0

456
SHARE

Oleh: Muhammad Hadi

ARAU : Program kayuhan Alternative Cycling Club (ACC) Kawasan Arau diteruskan lagi, kali ini ke beberapa buah institusi pendidikan milik PAS.

Pagi tadi, Program Kayuhan Ziarah Mahabbah ACC Arau 4.0 telah menziarahi dua buah sekolah iaitu Madrasah Diniah Islamiyah (MADI) dan SRITI Al Furqan yang terletak di Jejawi Dalam dekat sini.

Turut menjadi destinasi lawatan adalah empat buah PASTI sekitar Arau dan Kangar iaitu PASTI Nafisatul Ilmi, PASTI Al Fajar, PASTI Tarbiyatul Atfal dan PASTI Darul Hikmah.

ADUN Guar Sanji, Ustaz Mohd. Ridzuan Hashim antara yang turut sama menjayakan program ziarah berbasikal berkenaan.

Menurut Ustaz Mohd. Ridzuan, selain melakukan ziarah, kelab yang bernaung di bawah DACS Arau itu turut menyampaikan sumbangan berbentuk alat tulis kepada institusi-institusi yang dilawati.

“Program kayuhan seperti ini bukan sahaja diadakan untuk mengeratkan ukhuwah dan kerjasama sesama ahli, tetapi juga untuk kita (ACC) menyampaikan sumbangan kepada institusi-institusi yang kita ziarahi,” ujarnya ketika dihubungi di sini pagi tadi.